Tuesday, July 28, 2009

Pertanyaan diri

Mati kamu!

Terkurung dalam lubang gelap,

Atau liang terang bercahaya,

Sempitnya menyeranggah tulang,

Atau luas mata memandang,

Keadaan ini ditentukan janjimu,

Yang kau lafaz sebelum rohmu bersatu,

Dari sulbi adam.


Tahajudmu menjadi lampu,

Menerangi gelap ruang,

Quranmu menjadi sahabat,

Teman sunyi keseorangan,

Sedekahmu menjadi modal,

Pahala yang kian bertambah,

Anak solehmu menjadi asbab,

Menampung derita diri,

Dan amalmu menjadi sukatan

Daerah mana yang layak kamu duduki???



arinTaker

2002

Labels:

Pasrah

Aku kaget…….

Antara percaya dengan fantasi,

Antara kenyataan dan ilusi,

Aku tergamam…….


Aku sesal…….

Antara usaha dan doa,

Antara percubaan dan tawakal,

Aku kalah…….


Aku tewas…….

Antara kemenangan dan kemegahan,

Antara kecermelangan dan kegirangan,

Aku lemas…….


Aku gagal…….

Antara hasrat dan impian,

Antara cita – cita dan harapan,

Aku redha…….


Antara kegagalan itu,

Aku temui kemanisan iman,

Antara kekalahan itu,

Aku temui ketabahan hati,

Maha Suci – Mu, Ya Allah…….



arinTaker

2002

Labels:

SeOrang lelaki, sepasang kasut dan sebuah masjid

Hari itu dia terpaksa menjadi,

Manusia paling sedih dan dukacita,

Sebab kasut mahal yang baru dibeli,

Tiba – tiba dicuri orang.


Lama dia termenung,

Memandang kubah masjid,

Lantaran tidak menyangka,

Bahawa di rumah Tuhan ini pun,

Masih terdapat pencuri.


Maka berkaki ayamlah dia berjengket,

Menahan panas dari aspal jalan raya kota,

Untuk sampai ke sebuah kedai,

Bagi mendapatkan kasut baru.


Begitu pun sejenak,

Dia sempat berhenti serta terpegun,

Kerana di pintu lif,

Sebuah bangunan tinggi,

Tiba – tiba muncul seorang lelaki kudung,

Bertongkat dipimpin oleh pengawal,

Menuju ke sebuah kereta mewah,

Siap dengan pemandu.


Lalu dengan spontan,

Dia pun menjadi sangat malu,

Hingga tidak lagi berasa sedih atau menyimpan duka,

Sebab di ketika dia hanya kehilangan kasut,

Ada orang lain yang kehilangan kaki!



arinTaker

2002

Labels:

Sunday, July 26, 2009

Sajak daripada orang - orang

Aku dijadikan Orang - Orang,

Diberi pakaian seperti Orang,

Tugasku menghalau pipit di bendang.


Pipit lari Orang berasa senang,

Tapi aku tetap menjadi hamba Orang,

Beginikah aku selamanya?

Menjadi hamba demi kepentingan Orang.



arinTaker

2000

Labels:

Bukan Alasan Sekadar Luahan

Bukannya alasanku,
Meminta simpati,
Hanyalah satu luahan,
Dijiwa bergelOra.

Usah engkau membenci,
Memaling pandangan,
Pabila kita bertemu,
Melerai kesangsian.

Kau ingat waktu itu,
Ketika cinta bertaut,
Umpama indah mentari,
Yang menerangi samudra.

Kalau dapatku ulangi,
Detik masa yang berlalu,
Pasti tidak ku hampiri,
Segala yang menyakitkan,
Tidak sedikit pun terlintas dihati,
Inginku melukakan,
Niatku disalah ertikan.



arinTaker
1999

Labels:

Kawan - kawan

Kawan - kawan,

Kenapa mahu lawan,

Kita kan kawan,

Dulu sama - sama kongsi teh secawan.


Kawan - kawan,

Kenapa mahu lawan,

Orang lain maju ke depan,

Orang kita cari jalan jatuhkan kawan.


Kawan - kawan,

Bukan nak cari lawan,

Sekadar nak ingatkan,

Hati - hati dengan gunting dalam lipatan.


Kawan - kawan,

Cuba dikaji Orang tua - tua pesan,

Kawan jadi lawan,

Lawan jadi kawan.



arinTaker

2000

Labels:

Perjuangan Belum Selesai

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya,

Bukankah sejak zaman berzaman mereka menjadi pelaut, pengembara,

Malah penakluk terkemuka!

Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap,

Menjadi pedagang dan peniaga,

Selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang.


Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera,

Menjajah dunia yang tak dikenal,

Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau,

Yang tidak pernah kenal erti takut dan kematian,

Dimanakah silapnya?


Hari ini, jalan ini,

Pasti semakin berliku,

Kerana masa depan,

Belum tentu menjanjikan syurga,

Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa.


Perjuangan kita belum selesai,

Kerana hanya yang cekal dan tabah,

Dapat membina mercu tanda,

Bangsanya yang berjaya.



Tun Dr. Mahathir

Perdana Menteri Malaysia ke-4

Labels:

Melayu

Melayu itu Orang yang bijaksana,

Nakalnya bersulam jenaka,

Budi bahasanya tidak terkira,

Kurang ajarnya tetap santun,

Jika menipu bersOpan,

Jika mengampu pun lembut beralas.


Melayu itu berani jika bersalah,

Takut kerana benar,

Janji simpan di perut,

Selalu pecah di mulut,

Biar mati adat,

Jangan mati anak.


Melayu di tanah semenanjung luas maknanya:

Jawa itu melayu, bugis itu melayu,

Banjar juga disebut melayu, minangkabau memang melayu,

Keturunan acheh adalah melayu,

Jakun dan sakai asli melayu,

Arab dan pakistani semua melayu,

Mamak dan malbari serap ke melayu,

Malah mualaf bertakrif melayu,

Setelah disunat anunya itu.


Dalam sejarahnya,

Melayu itu pengembara lautan,

MelOrOngkan jalur sejarah zaman,

Begitu luas daerah sempadan,

Sayangnya kini segala kehilangan.


Melayu itu kaya falsafahnya,

Kias kata bidal pusaka,

Akal budi bersulamkan daya,

Gedung akal laut bicara.


Malangnya melayu itu kuat bersOrak,

Terlalu ghairah pesta temasya,

Sedangkan kampung telah tergadai,

Sawah sejalur tinggal sejengkal,

Tanah sebidang mudah terjual.


Miski telah memiliki telaga,

Tangan masih lagi memegang tali,

Sedang Orang mencapai timba,

Maka berbuahlah pisang tiga kali,

Melayu itu masih bermimpi,

Walaupun sudah mengenal universiti,

Tapi masih berdagang di rumah sendiri.


Berkelahilah cara melayu,

Menikam dengan pantun,

Menyanggah dengan senyum,

Marahnya dengan diam,

Merendah bukan menyembah,

Meninggi bukan melOnjak.


Watak melayu menOlak permusuhan,

Setia dan sabar jadi sempadan,

Tapi jika marah tak nampak telinga,

Musuh dicari ke lubang cacing,

Tak dapat tanduk telinga dijinjing,

Maruah dan agama dihina jangan,

Hebat amuknya tak kenal lawan.


Berdamai cara melayu indah sekali,

Silaturrahim hati yang murni,

Maaf diungkap sentiasa bersahut,

Tangan dihulur segera bersambut,

Maka luka pun tidak lagi berparut.


Baiknya hati melayu itu tidak terbandingkan,

Segala yang ada sanggup diberikan,

Sehingga terciptalah sebuah kiasan:

“Dagang lalu nasi ditanakkan,

Suami pulang lapar tak makan,

Anak dipangkuan mati kebuluran.”


Bagaimanakah melayu abad ke dua puluh satu?

Masihkah tunduk tersipu – sipu?

Jangan takut melanggar pantang,

Jika pantang menghalang kemajuan,

Jangan segan menentang larangan,

Kita yakin kepada kebenaran,

Jangan malu mengucapkan keyakinan,

Kita percaya kepada keadilan.


Jadilah bangsa yang bijaksana,

Memegang tali memegang timba,

Memiliki ekOnOmi mencipta budaya,

Menjadi tuan di negara merdeka.



Pak Raden

2002

Labels:

Saturday, July 25, 2009

Begitulah Aku

Begitulah aku,
Kalau ku tahu masa depanku cerah,
Sudah kian lama aku menjadi raja,
Dizaman remaja.

Begitulah aku,
Betapa aku seorang lelaki,
Haruskah aku, akukan semuanya itu,
Haruskah aku, agungkan semuanya itu,
Kerana aku hanyalah insan biasa.

Begitulah aku,
Kan ku tangiskan masa depanku,
Kan bahagiakah aku dimasa depan?
Ntah - ntah deritaku dimasa depan.

Entahlah …….
Yang pasti …….
Aku akan tetap lalui hari - hari muka.

Begitulah aku,
Sedikit dakwat yang tercalit,
Kan ku usahakan menjadi melodi indah,
Walaupun ianya tak semudah yang diduga,
Namun kan ku cuba dan terus mencuba.

Begitulah aku ……. seterusnya aku …….



arinTaker
1998

Labels:

Rindu

Rindu …….

Rinduku tak terhingga,

Padamu oh! Juwita,

Kini hilang dimata.


Kasih …….

Kasihku suci murni,

Padamu puspita hati,

Agar janji ditepati.

Duhai kasih kembalilah,

Daku merindu setiap masa,

Jangan kau lupa janjimu,

Padaku yang setia.


Rindu …….

Rinduku tak terhingga,

Padamu oh! Juwita,

Kini hilang dimata.


Rindu ……. Rindu ……. Rindu …….



arinTaker

1998


Labels:

Saat Indah

Saat indah bersamamu,

Tetap diingatanku,

Semoga terus mekar selamanya,

Selamat Hari Raya Aidilfitri,

Dariku yang mengingatimu.



Kepada :- Abang.

Daripada :- Nabil Fikri.

Tahun :- 1996.

Labels:

Friday, July 24, 2009

Warga rumah kecil di pinggir kota

Warga rumah kecil di pinggir kota,

Sering menjadi mangsa kerakusan manusia,

Pada mereka yang berjiwa besar,

Bernafsu besar segala – galanya besar,

Demi membangunkan negara di mata dunia.


Kata mereka kita harus maju tanpa malu – malu,

Sanggup memijak kepala kawan kalau ingin dihormati,

Meraka mempunyai sepasang telinga yang tuli,

Tak pernah dengar kata rayu simpati,

Yang terlantun dari mulut bangsa sendiri!


Pada warga rumah kecil di pinggir kota,

Yang hidup mereka hanya cukup makan,

Kadangkala hanya mengalas perut sementara menunggu cukup bulan.


Kata mereka para normal,

Warga rumah mewah ditengah kota,

Rumah kecil dipinggir kota itu,

Hanya mampu memedihkan mata memandang.


Namun hakikatnya mereka kurang sedar,

Tanpa warga rumah kecil di pinggir kota itu,

Mereka tak mungkin semewah sekarang.




arinTaker

2000 / 2001

Labels:

Ayah! Dato nak baiki rumah kita

Ayah!

Dato nak baiki rabung rumah,

Tapi atap tak bocor,

Kata Dato,

Air hujan membasahi dapur,

Rabung dah punah,

Tapi atap tak bocor.


Ayah kata,

Basah di dapur dek tempias hujan,

Sebab tingkap ternganga luas,

Tapi Dato nak baiki juga!


Mana Dato?

Dato di atas bukit,

Rumah Dato banglo tiga tingkat,

Tak macam kita,

Rumah kita rumah kayu,

Rumah Dato rumah batu,

Rumah kita rumah melayu,

Rumah Dato rumah baru!


Kata Dato,

Rumah kita rumah lama,

Rumah kita tak selesa!


Kata ayah,

Rumah kita cara kita,

Rumah kita warisan pusaka!

Tapi Dato nak baiki juga,

Mungkin kerana Dato tak faham bahasa,

Dato bawa juga simen dan batu,

Sedangkan rumah kita hanya perlukan papan dan paku.


Kenapa Dato tidak faham?

Rumah kita rumah kayu,

Bukan rumah batu,

Dato tak tanya tukang rumah kayu,

Yang Dato tanya tukang rumah batu,

Kalau begitu lagaknya,

Nak baiki atau nak diganti dengan rumah batu?



arinTaker

2000 / 2001

Labels:

Thursday, July 23, 2009

Ketika merenung mawar itu

Itulah satu – satunya mawar putih,

Hadiah pertemuan musim remaja,

Harumnya membajai kedewasaan,

Meskipun hanya cebisan layu.


Kini bukan waktu untuk bertanya,

Tentang pemetik mawar itu,

Yang menulis sejarah peribadi,

Di rumah berkaca,

Kelihatan anggun dari luar,

Tapi siapakah tahu,

Tentang gelisah hatinya?


Hanya kerana sekuntum mawar,

Terasa terhenti seluruh detik,

Segalanya ingin dimulakan kembali,

Namun itulah satu – satunya,

Yang tidak mungkin terjadi.


Mengingatinya atas nama kenangan,

Melontar diri ke laut fikir,

Apakah pertemuan hanya bermakna,

Setelah berlakunya pepisahan?




arinTaker

2001 / 2002

Labels:

Membuang umpan di air

Salahkah aku membuang umpan di air,

Sedang mereka asyik leka bercerita,

Tentang salah bangsa sendiri.


Salahkah aku menulis puisi,

Menceritakan kembali telatah mereka,

Yang aku dapati salah sendiri.


Alangkah baik, peluang seperti ini,

Kalau mereka dapat bersama,

Mencampak umpan di air,

Daripada bercakap kosong,

Yang tidak memberi makna,

Seperti di malam minggu ini.


Mungkin sudah semulajadi,

Pada diriku selama ini,

Masa terluang lebih baik,

Mencampakkan umpan di air,

Dapat juga seekor dua ikan,

Dijadikan lauk, hidangan esok hari.


Sebelum malam menemui siang,

Biarlah aku di sini,

Berembun impian,

Mencari kebahagiaan hakiki,

Dari ketenangan di tasik ini.




arinTaker

2001 / 2002

Labels: