Saturday, July 25, 2009

Begitulah Aku

Begitulah aku,
Kalau ku tahu masa depanku cerah,
Sudah kian lama aku menjadi raja,
Dizaman remaja.

Begitulah aku,
Betapa aku seorang lelaki,
Haruskah aku, akukan semuanya itu,
Haruskah aku, agungkan semuanya itu,
Kerana aku hanyalah insan biasa.

Begitulah aku,
Kan ku tangiskan masa depanku,
Kan bahagiakah aku dimasa depan?
Ntah - ntah deritaku dimasa depan.

Entahlah …….
Yang pasti …….
Aku akan tetap lalui hari - hari muka.

Begitulah aku,
Sedikit dakwat yang tercalit,
Kan ku usahakan menjadi melodi indah,
Walaupun ianya tak semudah yang diduga,
Namun kan ku cuba dan terus mencuba.

Begitulah aku ……. seterusnya aku …….



arinTaker
1998

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home