Adakah masa yang mementingkan diri? atau aku yang tidak menginsafi?
bila masa sepatutnya berhenti
membawa pergi bah yang melanda bumi
aku pula masih begini
sendiri tidak pasti
sedang hari semakin pergi
adakah aku masih tidak memaafi?
masa datang masa jua pergi
samada aku mahu ataupun benci
tidak pernah masa itu hiraukan
aku lupa untuk melupakan
walau aku sudah memaafkan
aku jarakkan kenangan dari perbuatan
agar aku tidak lagi dilukakan
adakah masa yang mementingkan diri?
atau aku yang tidak menginsafi?
adakah aku lupa untuk menghilangkan
luka dan guris di hatiku?
mungkin jua aku yang tidak mampu
untuk meletak ke tepi semua itu?
aku bagai tak memahami
adakah ini dendam yang berlurah dihati?
walau masa datang untuk mengingatkan
bahawa aku harus segera melupakan
sering aku tertinggal di belakang
ditakutkan masa silam yang kerap datang
dalam mimpi yang kesiangan
bukan aku tak mahu
cuma aku belum mampu
sudah aku maafkan
namun aku masih takutkan
aku tidak lagi berdendam
namun serik menjadi beban
27 Januari 2010
11.31 pm
Labels: Reality Of life
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home