Monday, December 14, 2009

return Of the arinTaker - part II

lama jemariku tidak menari disini
lama jua aku memendam seribu rasa
untuk disampaikan disini

bukan lelah jadi halanganku
bukan masa yang suntuk menahan aku

hati ini seperti hilang nawaitu
minda ini keliru antara kau dan aku
tidak tahu yang mana satu
untuk diikuti dituruti

sedari masa tidak akan berhenti
aku cuba menulis lagi
menyatakan apa rasaku
melOntarkan akal fikiranku
memainkan lagu hati
dengan melOdinya yang layu

aku
masih melayang tidak bertali
terawang tanpa aku pasti

bila ku jejak kebumi
terasa bahangnya api

tak pernah aku lepas
dari dOsa sendiri
yang masih sedang menyakiti diri
yang selalu cuba untuk kembali...

ampunkan aku
wahai KAU yang SATU
kuatkan aku
wahai KAU yang SATU
bantulah aku
wahai KAU yang SATU

arinTaker
14 Disember 2009
12.32 am


Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home