Tuesday, July 28, 2009

SeOrang lelaki, sepasang kasut dan sebuah masjid

Hari itu dia terpaksa menjadi,

Manusia paling sedih dan dukacita,

Sebab kasut mahal yang baru dibeli,

Tiba – tiba dicuri orang.


Lama dia termenung,

Memandang kubah masjid,

Lantaran tidak menyangka,

Bahawa di rumah Tuhan ini pun,

Masih terdapat pencuri.


Maka berkaki ayamlah dia berjengket,

Menahan panas dari aspal jalan raya kota,

Untuk sampai ke sebuah kedai,

Bagi mendapatkan kasut baru.


Begitu pun sejenak,

Dia sempat berhenti serta terpegun,

Kerana di pintu lif,

Sebuah bangunan tinggi,

Tiba – tiba muncul seorang lelaki kudung,

Bertongkat dipimpin oleh pengawal,

Menuju ke sebuah kereta mewah,

Siap dengan pemandu.


Lalu dengan spontan,

Dia pun menjadi sangat malu,

Hingga tidak lagi berasa sedih atau menyimpan duka,

Sebab di ketika dia hanya kehilangan kasut,

Ada orang lain yang kehilangan kaki!



arinTaker

2002

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home